Selamat Datang ke Blog UMNO Bahagian Segambut

Assalamualaikum

Kelahiran Blog ini ialah untuk membolehkan ahli-ahli UMNO Bahagian Segambut menimba dan memberi pandangan, kritikan serta cadangan membina demi mempertingkatkan dan memperkasakan UMNO di Segambut. Perbezaan pendapat sudah pasti akan wujud namun diharapkan boleh kita menfaatkan bersama dengan menghadkan perbezaan itu dalam bentuk professionalisme dan tidak dalam bentuk peribadi.

05 April 2010

Juara Rakyat - Bulan Agensi Kerajaan - MARCH 2010







UMNO Bahagian Segambut telah dengan jayanya mengadakan program Juara Rakyat - Bulan Agensi Kerajaan pada 04 April 2010 di Dewan Sivik Taman Sejahtera mulai jam 08.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Program ini telah di koordinasikan oleh Puteri UMNO Bahagian Segambut dibawah kepimpinan Cik Huzry Fionawati besama AJK Puteri Bahagian. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. YAB Dato Seri Mohd Ali telah sudi melawat ketapak pamiran dan juga menjamu selera 'bersila' bersama-sama rakyat tempatan.
Beberapa acara telah diadakan termasuk, tarian 1 Malaysia, pertandingan memasak Burger, pertanding 'Shuffle', pertandingan bercerita kanak-kanak, pameran agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Program telah dibanjiri oleh lebih dari 2,000 orang pengunjung dari masyarakat sekitar Taman Sejahtera dan juga seluruh Segambut. Sokongan yang diberi oleh agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, BOMBA, Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Penerangan, KEMAS, RELA, LHDN, Jabatan Kesihatan, LPPKN,AADK,GIAT MARA DAN DBKL cawangan Segambut amat lah dihargai. Pihak swasta juga telah memberi sokongan dengan kehadiran Lembaga Tabung Haji, Maybank, Cyber Security,dan lain lain. Disamping itu sokongan dan kehadiran wakil-wakil komponen BN Segambut dari PGRM, MCA, MIC, PPP, IPF juga amat memberangsangkan.
Program telah berakhir sekitar jam 5.00 petang dan keseluruhannya telah berjaya mencapai objektifnya iaitu mendekatkan rakyat kepada kepimpinan negara melalui UMNO. Rata rata komen memberi kepujian akan keberkesanan program tersebut kepada masyarakat setempat terhadap fungsi dan peranan kerajaan dalam membela kehidupan rakyat memalui agensi-agensi kerajaan yang ada.

2 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program juara rakyat ni dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada semua barisan jawatankuasa penerangan bahagian segambut terutamanya kepada pengerusi yang telah berjaya menzahirkan laman blog sendiri bagi masyarakat segambut yang selama ini buta tentang perjuangan UMNO segambut. Tahniah... Tahniah.... Tahniah...

    BalasPadam